Bahan untuk beristinjak ialah air. Anas r.a. memceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila keluar membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau beristinjak”. Diharuskan juga menggunakan benda-benda kesat seperti batu, kertas dan sebagainya yang boleh menanggalkan najis. Banyak hadis menceritakan Nabi s.a.w. beristinjak menggunakan batu.
Menurut mazhab Syafi’ie, paling baik ialah menggabungkan kedua-duanya; iaitu menyapu najis dengan benda kesat (tisu atau sebagainya), kemudian disusuli dengan membasuh dengan air. Cara ini adalah terbaik kerana dapat menjimat air dan mengelak tangan dari terlalu banyak menyentuh najis. Harus menggunakan salah satu cara iaitu dengan air sahaja atau dengan benda kesat sahaja, namun beristinjak dengan air adalah lebih afdhal kerana lebih menyucikan.
Istinjak bermaksud membasuh tempat keluar najis iaitu zakar/faraj dan dubur selepas membuang air kecil (yakni kencing) atau air besar (yakni berak). Hukumnya adalah wajib. Dalil yang mewajibkan kita beristinjak ada seperti berikut : “Artinya : Apabila salah seorang di antara kamu pergi ke tempat buang hajat besar, maka bersihkanlah dengan menggunakan tiga batu karena sesungguhnya dengan tiga batu itu bisa membersihkannya” [Hadits Riwayat Ahmad VI/108, Nasa’i no. 44, dan Abu Dawud no 40. Dan asal perintah menggunakan tiga batu ada dalam riwayat Bukhari dari Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu.
Blog ini merangkumi tajuk istinjak iaitu salah satu tajuk di dalam matapelajaran pendidikan islam tingkatan satu. Turut disertakan sub topic berkaitan akidah islamiyah untuk tambahan ilmu. Segala content di dalam blog ini dibenarkan untuk digunakan dengan tujuan ilmu. Blog ini bertujuan untuk memberi ilmu tambahan kepada pengguna khususnya pelajar sekolah dan menarik minat mereka untuk membaca dengan menggunakan medium ICT. Terdapat juga visual untuk tontonan pengguna dan site map untuk ilmu tambahan. Semoga blog ini bermanfaat kepada semua pengunjungnya.